|
50% OF HEART - bab 7
Sunday, December 19, 2010 | 9:53 PM | 0 comment(s)
“Aduh, sakitnya perut aku... Apa je lah yang aku makan tadi?” laju sungguh Azila Fazryna berlari. Sampai semua orang ditolak ke tepi. “Asal lah jauh sangat jamban ni...” rungutnya lagi. Sampai di satu selekoh, tiba-tiba, Puuukkk “Wow!” pantas tangan lelaki itu memegang bahunya supaya dia tidak terjatuh. Membulat matanya melihat lelaki yang di hadapannya itu. “Kak Azi!” lantas ditarik gadis itu ke dalam dakapannya. “Eh, lepaslah. Apa yang awak... Uuueeekkk...” keluar semua khazanah yang ditahannya sejak tadi. Azi terus mencangkung menutup mulutnya menggunakan kedua belah tangannya. Terpaku Ichad di situ. Tertutup, terkatup, terkunci mulutnya untuk mengeluarkan sebarang bunyi pada masa itu. “Sorry...” ada cecair yang mengalir di pipinya. Sudah, banjir pula nanti floor tu... Itulah yang akan berlaku kalau tak sihat dicampur sekali dengan bengang yang terlampau. “Eh, janganlah nangis. Awak ok tak ni? Jom saya bawa awak pergi sick bay,” sambil tangannya mengesat air mata gadis itu. Azi hanya menggelengkan kepala. “Tak larat ke? Kalau macam tu biar saya angkat awak je lah,” pantas tangannya mengangkat gadis itu. Eh dia ni, aku bukan geleng sebab tak larat. Aku dah malu gila ni. Malunya aku rasa, mama! Azi terus mendekatkan mukanya ke dada lelaki itu untuk menutup mukanya. Malulah katakan. Bau apa ni, busuknya baju mamat ni. Tak basuh sebulan ke apa? Dijarakkan sedikit kepalanya untuk memberi ruang kepada guanya untuk bernafas dan terbelolok matanya apabila melihat muntahnya ada di dada lelaki yang sedang mendukungnya itu. Muntah aku kena kat baju dia? Ya ampun. Macam mana ni, dah lah aku tak kenal dia ni. Siape pulak lah mamat ni... Tolonglah sesiapa!!! Busuknya bau muntah aku ni... Bebel Azi dalam hati dengan muka yang ditakup dengan tangan halusnya. “Cikgu, ni ada budak tak sihat. Saya bawa dia pergi sick bay eh cikgu.” “Ah? Teruk tak?” soal Cikgu As lantas meletakkan tangannya di dahi Azi. “Dia muntah tadi cikgu.” sambil membetulkan kedudukan Azi yang hampir terjatuh dari tangannya. “Irsyad pergi dulu, kejap lagi cikgu datang eh.” Sampai sahaja di bilik kesihatan, belum sempat Ichad menurunkan gadis itu, dirasakan dadanya ditepuk-tepuk. “Kenapa, awak nak muntah lagi ke?” Azi hanya mengangguk. Merah mukanya menahan muntah yang semakin memenuhi mulutnya. Ichad terus membawanya ke bilik air dan... Tahu-tahu saja lah... Ichad hanya menggosok belakang Azi dengan penuh kelembutan. Walaupun selama ini hanya melihat gadis itu dari jauh, tetapi hatinya sentiasa rasa dekat dengan gadis pujaanya itu. “Dah? Rasa nak muntah lagi tak?” lantas membuka pili air untuk mengalirkan semua khazanah yang dihasilkan gadis ayu dihadapannya itu. Bukan setakat buka pili, ditadahkan lagi air untuk gadis itu berkumur. “Tak pa lah, saya boleh buat sendiri,” dengan lembut menolak tangan lelaki yang tidak dikenalinya itu. “Kalau awak dah ok, saya pergi dulu lah eh.” “Irsyad,” lantas memegang tangan lelaki itu. Eh, Kak Azi tahu nama aku? Wow, seronoknya. Dia pegang tangan aku lagi... “Ya?” dengan mata yang bersinar dia menjawab. “Terima kasih eh, awak tak kenal saya pun, tapi still tolong saya.” Cantiknya dia ni... Hampir meleleh air liurnya melihat kecantikan gadis itu. “Oh, tak pe,” sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabut. Keluar saja dari bilik kesihatan, Ichad terdengar ada suara yang menegurnya. “Ichad, kau buat pe kat sini? Apa benda yang kat baju kau tu?” sambil mendekatkan kepalanya ke badan lelaki itu. “Uh, busuknya!” sambungnya lagi sambil menekup hidungnya. “Qila! Oh, ni muntah Kak Azi kot tadi. Aku pergi toilet jap eh. Tapi aku nak balik kelas terus, kau nak ikut tak?” dengan nada yang selamba dan mata yang masih berkaca. “Tak pe lah, kau pergi lah dulu. Aku ada hal kejap.” “Ada hal? Hal apa? Nak aku temankan tak?” “Tak nak aku bawa kau. Dah lah busuk, tak pe, kau balik je dulu,” dengan tangannya menolak badan lelaki itu. “Betul ni? Tapi aku nak tanya kau ni, tadi kau pergi mana?” “Urm... Aku nak berak ah tadi... Tu yang aku terus blah tu. Sorry,” sambil merapatkan kedua belah tapak tangannya. “Oh, tak pe. Aku tak kisah pun. Ok then, aku pergi dulu lah eh. Bye.” Edryana Aqila hanya mengangguk dan melihat Ichad berlalu dari situ meninggalkannya. “Kak Azi? Muntah? Kat baju lagi,” sambil tangannya membetulkan ikatan rambutnya. Sampai saja Ichad di kelasnya, semua mata memandang ke arahnya. “Aku ada buat salah ke?” sambil mengangkat kedua belah bahunya dan terus ke arah Rey yang hanya menutup hidung dengan jarinya. “Apesal kau masuk terus bau muntah? Kau jauh sikit lah, busuk kau tau tak,” lantas menolak lelaki itu menjauhinya. “Kak Azi...” sekali lagi muka teruja ditayangkan. Paaappp Terasa perit dahinya akibat dijentik gadis itu. “Awww...” “Kau ingat aku suka tengok muka comel kau tu? Dah lah busuk. Takkan lah kau nak belajar dengan bau kau yang dah macam tahi tenuk dah aku rasa.” “Kau tak payah risau. Ni kan dua masa last, so cikgu tak da.” “Asal cikgu tak da seh?” “Oh, cikgu hantar my girl pergi klinik. Huh, kesiannya dia. Dia keracunan kot.” Berkerut seribu dahinya menerangkan tentang keadaan Azi. “Mana kau tahu?” “Hehe... Aku yang angkat dia tadi pergi sick bay. Kuat tak aku?” Semakin melebar senyumannya. “Kau angkat dia? Habis tu, Qila mana? Tadi dia cari kau. Kau jumpa dia tak?” “Masa kat depan sick bay tu aku jumpa dia. Dia kata dia ada hal.” “Habis tu, dia tau tak kau tolong Kak Azi tu?” “Yup.” Bangga sangat sampai tertutup matanya ketika mengangguk lantas duduk di atas meja Rey. Membulat mata gadis itu memandangnya. “Rey!” Ichad mengibas-ngibas tangannya di hadapan muka Qashreyna Iman. “Aduh! Yang kau pergi cocok mata aku ni kenapa?” aduh Rey. “Dah tu, kau tengok aku macam orang kanibal je. Takut aku.” “Habis tu, kau tak ikut dia?” Masih menggosok-gosok matanya. “Aku nak ikut, tapi dia yang tak bagi. Dia suruh aku balik kelas dulu.” “Hish kau ni. Huh... Oh,” lantas mengeluarkan sesuatu dari koceknya. “Hello sayang!” Gembira sungguh suara Rey ketika menjawab panggilan telefon tersebut. Terkumat kamit mulut Ichad. Kelihatannya ingin memperkatakan sesuatu, tetapi otak gadis itu tak dapat nak proses apa yang ingin dikatakan oleh lelaki yang ada di hadapannya itu. “Hello sayang jugak. Iman tak pergi sekolah ke?” Ekspresi yang sama diberikan oleh abangnya. “Pergilah. Iman tahu lah nak jaga diri.” Semakin lama, semakin dekat mukanya mendekati telinga Rey. Sekali lagi dahinya dijentik gadis itu menyebabkan dia menjerit sekuat hati. “Kenapa ada orang jerit tu?” “Ah? Oh, tak de. Tadi Iman ingat nak tolong kawan Iman ni ha. Ada nyamuk kat kepala dia, tapi bila Iman dah tepuk sekuat hati, tengok nyamuknya dah tak da. Hehehe...” “Tak yah lah Iman nak kelentong abang tengah-tengah hari buta ni. Iman jentik dahi dia kan? Iman, sakit budak tu nanti. Kalau abang ni je Iman jentik dah benjol, ni kan budak sekolah macam tu.” Berkerut dahinya mengenangkan kelakuan adik perempuannya itu. “Alah, tau je. Dia ni ha, nak dekat-dekat pula. Padan muka dia.” Terus menjegil ke arah Ichad yang masih menggosok- gosok dahinya. “Ni, actually abang nak bagi tau Iman, abang balik malam ni.” “Betul?” Terpancar senyuman di raut wajahnya. “Yup! Tapi esok Iman kena teman abang main basket.” “Ok!” Semakin melebar senyumannya. “Ok, Bye. Cakap sorry kat kawan tu.” “Urm... Tengoklah nanti. Ok bye.” Terus mematikan taliannya. “Siapa tu? Kau ni, dah ada pakwe tak nak cakap ngan aku. Sampai hati kau.” Terus memalingkan badannya membelakangi lelaki itu. Duuussshhh Tersembam lelaki itu akibat tendangan maut gadis itu. “Ichad!” “Qila!” Kedua-dua mereka terkejut melihat kehadiran Qila yang tiba-tiba je muncul kat depan mereka. “Kenapa?” “Bila kau sampai?” soal Ichad yang ingin bangun dari posisinya. “Baru je.” “Ichad! Ni ada senior nak jumpa kau.” Jerit Rid dari depan kelas. “Senior?” Ketiga-tiga mereka berpandangan. Ketiga-tiga mereka terus membuka langkah menuju ke pintu untuk melihat gerangan manusia yang ingin berjumpa dengan Raihan Irsyad. Sampai saja di pintu, ada seorang gadis berdiri membelakangi mereka. Apabila gadis itu berpaling, dengan rambut yang beterbangan... Ayu... Kaulah wanita... Ayu... Kedengaran lagu Ayu berkumandang di cuping telinganya. “Woi Bot, angkat lah phone kau tu, lagu tak boleh balah. Jiwang karat. Boleh kancing gigi aku dengar.” Jerit Rey. “Alah, ni namanya sayang awek. Dah nama awek aku Ayu, nak buat macam mana.” “Mantol lah kau ni. Silent kan lah.” “Oh, ok. Sorry. Hehehe...” Ternganga mulut Ichad. Diasangka lagu itu datang dari fikirannya. “Hi. Ichad, akak nak cakap sorry cause dah kotorkan baju Ichad tadi. Ni, Ichad pakai lah dulu baju ni.” Terus menghulurkan sehelai baju berwarna hijau lembut kepada Ichad. “Thanks, tapi tak pa lah akak. Kalau saya pakai bila pula nak pulang kat akak.” Merah mukanya menahan malu. “Oh. Ahad ni, Ichad datang kat kafe baru yang kat Taman Qristal tu. Akak tunggu Ichad kat situ.” “Tapi kan, kafe tu belum buka.” Kedua-dua gadis di sebelahnya hanya mengangguk tanda setuju. “Kawan Ichad ke? Tak nak kenalkan dengan akak?” Dengan mengangkat kedua-dua belah keningnya. “Oh, ni Qila. And this is Rey. Korang, ni Azila Fazryna.” Kedua-duanya terus menghulurkan tangan mereka. “Hi Qila, Rey. Panggil akak, Kak Azi je.” Dia menyambut tangan mereka dengan penuh kemesraan. “Tak pernah nampak pun Rey sebelum ni, baru ke?” Sambungnya lagi. Rey hanya mengangguk dengan soalan yang diberikan oleh gadis itu. “Ok lah korang, akak pergi dulu eh. Jangan kupa datang ahad ni taw. Tak yah risau, kafe tu buka ahad ni. Ok, bye.” Sambi menepuk bahu Ichad dan terus berlalu dari situ. “Bye... Cantiknya dia.” Qila bersuara dengan tangan yang masih dilambai ke arah gadis itu. “Wohooo! It’s a date man!” Dengan menggoncang-goncang badan Rey yang tidak bersalah itu. Paaannnggg Satu tamparan hinggap di pipinya. “Huh... Thanks Rey. Wooohooo...” “Buang tebiat ke apa mamat ni. Aku tempeleng pun dia tak marah?” Dengan muka yang pelik dek kerana sikap sahabatnya yang pelik. Habis masa persekolahan, senyuman Ichad masih belum hilang dari bibirnya. Labels: 50% of heart |