|
50% OF HEART - bab 6
Friday, December 17, 2010 | 3:58 AM | 0 comment(s)
“Sekarang, dipersilakan Sekolah Menengah Perempuan Datin Fauziah untuk memulakan persembahan.” Selepas acara penyampaian hadiah selesai, Syira bergegas ke kantin sekolah untuk bertemu dengan abangnya. Dalam berlari, dia sempat menelefon lelaki itu untuk memberitahu keberadaanya. “Abang kat mana ni? Syira tunggu abang kat kantin eh,” terus memutuskan talian tanpa menunggu balasan dari Ichad. “Eh dia ni, aku belum cakap apa-apa lagi dah matikan? Korang, aku nak pergi kantin jap eh.” “Kau nak buat apa? Nak ikut,” soal Qila sambil membetulkan lipatan lengannya. “Nak jumpa orang kejap. Ok, jom lah. Boleh aku kenalkan sekali dengan kau. Jom sekali Rey,” ajak Ichad. Hanya senyuman yang diberikan Rey dengan gaya yang kononnya cool. Dalam perjalanan mereka ke kantin sekolah, Rey hanya diam dan berpeluk tubuh. Kalau budak berdua tu tanya, dia cuma senyum dan membetulkan rambutnya. “Kau ni dah kenapa? Buang tebiat ke apa? Bajet macho lah tu, tak jadi lah wei,” soal Ichad dengan muka menahan ketawa. “Oh, tak macho eh? Hahaha... Tapi macam mana hari firts tu aku boleh buat ha? Korang lah ni yang buat aku dah jadi tak macho macam dulu lagi. Huh.” Tiba-tiba terimbau kembali kenangan pertemuan mereka berdua dengan Qasreyna Iman dua minggu lepas. “Baiklah kamu semua. Hari ni ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas kamu. Jadi cikgu harap kamu semua boleh layan dia dengan baik eh. Cikgu kenalkan, Qashreyna Iman binti Malik. Qashreyna, kenalkan diri awak kat kawan-kawan awak.” “Hi, panggil aku Rey je. And, aku tak suka nak kawan dengan sesiapa,” sambil menggosok-gosok belakang kepalanya. Terkejut badak semua makhluk tuhan yang ada kat situ. Ternganga semua pelajar, extra large punya. Cikgu pun dah ada seekor langau yang masuk dalam mulut dia. Entah dia perasan ke tidak. Hari pertama dah berlagak macam sekolah tu bapak dia punya je. “Ok. Huh, Rey, awak boleh duduk sebelah Riduan kat barisan belakang tu,” arah gurunya sambil menunjuk ke arah Riduan Taufiq yang dari tadi memandangnya dengan wajah yang mesra. Rey mula membuka langkah untuk menuju ke tempatnya, tiba-tiba seorang gadis yang comel telah menghulurkan tangan kepadanya. “Hi, saya Edryana Aqila. Awak boleh panggil saya Qila,” sambil menguntumkan senyuman yang paling manis yang dia miliki. “Ada aku kisah?” jawab Rey yang hanya menjeling sambil membalas senyuman manis itu dengan muka yang sinis. Dah lah tu, terus jalan pula. Malu budak tu. Ichad yang disebelah Qila segera menarik tangan gadis itu ke arahnya. “Yang kau berani sangat nak kenalkan diri kau tu kenapa?” menjegil biji mata Ichad memandang Qila. “Ichad, kita kawan dengan dia jom,” sambil memaut tangan lelaki itu. “Kau gila?” Hanya senyuman yang diberikan kepada Raihan Irsyad. “Hi, I’m Rid,” sambil menghulurkan tangannya. Tiada sebarang respon yang diterima. Hanya pandangan kosong dan senyuman sinis yang diterima lelaki itu. Tercabar dengan perlakuan Rey, Rid terus menarik balik tangannya dan memandang ke hadapan sambil tangannya melonggarkan sedikit tai yang dipakainya. “Huh, kau ingat aku nak sangat ke senyum dengan kau? Kalau tak sebab ada cikgu and budak-budak ni semua, jangan harap aku nak layan kau baik-baik,” lantas mencapai pensel kayunya. “Acting, aku ingatkan lah semua budak kat sini baik-baik, rupa-rupanya ada juga cipan liar yang terlepas,” sambil membetulkan rambutnya. “Kurangnya parents kau ajar kau. Kau sedar diri kau tu sikit. Kau belum kenal aku siapa.” “Kurang ajar? Memang parents aku kurang ajar aku, apa kau sibuk Mr. Hipo.” Pap! Patah pensel kayu yang dipegang Rid kerana panas hatinya melihat budak baru ni. Selalunya, semua budak baru akan hormat kepadanya kerana dia adalah ketua kelas. “Mr. Hipo?” merah padam mukanya menahan marah. Tanpa memandangnya, Rey terus menguntumkan senyuman yang sinis gila. Bagi Rid lah... Kau tunggu lepas sekolah nanti, masak kau aku kerjakan. Nak belagak dengan aku eh. Tamat sahaja waktu persekolahan, Rey berasa penat sangat dan terus melelapkan matanya. Tak sedar langsung jam dah pukul 3.30 petang. Bila dia sedar saja, perkara pertama yang dia nampak adalah Qila. “Yang kau tercegat kat depan mata aku ni kenapa?” sambil memandang tajam gadis di hadapannya itu. “Rey, kau tak nak balik ke? Kalau kau nak balik sekarang boleh saing kitorang,” pelawa Qila sambil memegang tangan Rey. “Balik saing? Jangan harap,” sekali lagi memberikan senyuman sinisnya itu lantas bangun dan merentap kembali tangannya lantas mencapai begnya untuk berlalu pergi. “Kau ni tak ada adap sopan ke? Kalau orang tanya tu jawablah betul-betul,” marah Ichad. “Janganlah marah dia,” lantas menepuk tangan lelaki itu. “Kau tahu tak dia tu kurang ajar, kau still nak kawan dengan orang yang macam dia tu?” sambil memegang bahu Qila bertujuan untuk menyedarkan gadis itu. “Tak pe lah, kan Rey... Mana dia pergi?” Baru sebentar tadi mereka berbual dengan gadis itu, sekarang dah hilang? Cepatnya... “Kan aku dah cakap, tak payah lah nak berangan kawan dengan dia tu, nak pandang kita pun dia tak nak, ni kan nak kawan ngan kita. Ha, dari tadi aku nak tanya. Kenapa kau beria sangat nak kawan dengan dia tu?” soal Ichad apabila melihat Qila sudah membuka langkah untuk berlalu pergi. “Entahlah, aku pun tak tau kenapa aku tertarik sangat nak kenal dengan dia tu,” sambil memadang tepat ke arah Ichad. Dalam mereka berbual, tiba-tiba Ichad menarik tangan Qila membuatkan gadis itu tersentak. “Ssshhh... Kau tengok tu,” Ichad menunjuk ke arah tempat parkir motor. Mereka dapat melihat Rey dikerumuni oleh Rid dan beberapa orang gangster sekolah. Merah muka lelaki-lelaki itu dengan mata yang tajam memandang Rey, sedangkan gadis itu dengan muka selamba membalas pandangan maut mereka. “Rid? Asal pula dia tengok Rey macam tu sekali? Tak pernah aku tengok muka dia macam tu sekali,” pelik melihat kelakuan Rid yang selama ini terkenal dengan gelaran Prince Perfect. “Boleh tahan lah. Lagipun asal geng jendol ada sekali? Tak kan lah diorang berdua nak kena belasah kot,” sambil mengurut-ngurut dagu licinnya. “Weh, kita tolong jom,” ajak Qila lantas menarik tangan lelaki itu. “Jangan, kalau jadi apa-apa kat kau nanti abang kau marah aku, kita tunggu sini je. Lagipun aku dengar cerita Rid tu ada black belt,” Ichad menarik semula tangannya. “Weh, diorang dah lawan. Tapi kenapa asek Rey je yang kena?” “Manalah aku tahu. Ssshhh... Kita tengok je lah.” Mereka berdua bersembunyi di belakang pokok supaya tidak dapat dilihat oleh sesiapa. “Nak balik saing? Huh,” ngomel Rey setelah meninggalkan Qila dan Ichad tatkala mereka bergaduh. Sampai sahaja di tempat parkir motor, dia melihat lebih kurang lima lelaki sedang berdiri mengelilingi motornya. Rid ada di situ, mereka ni semua mestilah kawan-kawannya. “Hai Qashreyna Iman, awak dah nak balik ke? Kenapa awak balik lambat sangat? Kalau apa-apa jadi kat awak kan nanti susah,” ucap Rid dengan muka yang polos. “Mr. Hipo, kau kisah tak kalau kau kena basuh baju yang penuh dengan muntah?” “Huh, bagus lah kau ni, tak payah aku nak penat-penat berlakon kan.” Sekali lagi dia disindir oleh gadis itu dengan hanya memandangnya dengan muka yang sinis. “Tadi kau belagak sangat kan, aku nak tengok, kau boleh belagak lagi tak sekarang ni.” “Kalau setakat budak sekolah macam korang ni, lebih baik korang balik je,” sambil membetulkan lipatan lengannya. Merah muka Rid dengan hinaan seperti itu. Berani sungguh perempuan ni. “Ok, tapi satu lawan satu lah,” sambung gadis itu lagi. “Jef.” dengan kepalanya digerakkan sedikit sebagai arahan untuk memulakan pertarungan. Satu-satu dapat ditumpaskan dengan mudahnya oleh gadis itu. Macam mana dia buat pun tak tahu lah. Ketika dia sedang bertumbuk dengan ketua geng itu, salah seorang lelaki yang ada di belakang Rey ingin menghentaknya dari belakang tetapi belum sempat dia menunaikan niatnya... Buuukkk Pengsan terus dia di situ. Semua orang memandang ke arah lelaki itu dan ternampak Ichad sedang memegang sebatang kayu dan Qila hanya melakukan gaya seperti orang nak berkarate. “Heee... Lari Rey!” pantas tangannya menarik tangan kedua-dua gadis itu. Mereka lari selaju yang boleh keluar dari sekolah itu. Dan semenjak itulah mereka bersahabat. Perkara yang hampir mustahil itu berlaku kerana rey tidak menyangka Qila dan Ichad masih lagi mahu membantunya walaupun dia sudah bersikap tidak sopan dengan mereka. Touching lah pula minah ni... “Abang Ichad!” Jeritan itu telah menyedarkan Rey dari lamunannya. “Syira!” Ichad terus berlari ke arah gadis yang berdiri di hadapan Rid dan terus memeluknya. Ternganga mulut mereka berdua melihat kelakuan Ichad dengan gadis yang tidak mereka kenali itu. Qila terus berlalu dari situ tanpa berkata apa-apa. “Qila! Kau nak pergi mana tu?” jerit Rey. “Rey, sini lah,” panggil Ichad. “Qila mana? By tha way, ni Raihan Insyirah.” “Adik kau?” sambil menundingkan jarinya ke arah gadis itu. Ichad hanya mengangguk dan tersenyum dengan soalan yang diajukan kepada dirinya. “So, how’s your nyanyi-nyanyi?” “Menang lah of course.” “Kau buat apa kat sini Rid?” soal Rey yang pelik melihat musuhnya itu ada di situ. “Akak kenal dia?” “Kenal sangat,” sambil menyilangkan kedua belah tangannya ke dada dan seperti biasa, jika berhadapan dengan lelaki itu pasti senyuman sinis yang dihadiahkan sebagai sindiran. “Dia tanya aku tadi, nampak Ichad ke tak, lagipun tak salah kan kalau aku nak tolong pelawat. Betul tak Qashreyna,” dengan tangannya membatulkan cermin mata yang kelihatan sedikit senget. “Baik gila kau ni Rid, memang contoh lah kau ni,” lantas menepuk bahu lelaki itu. “Ok lah Syira, like what I told you before, I’ll belanja you bila kafe baru tu buka ok,” pantas sahaja tangannya menggosok kepala adik kesayangannya itu. “Heee... Ok, Syira tak kan lupa deh. Kalau macam tu, Syira pergi dulu eh. Bye abang, bye Akak Rey, bye Abang Rid,” sambil tangannya melambai ke arah mereka bertiga. Ketiga-tiga mereka hanya membalas kembali lambaian itu. Selesa dengan keramahan gadis kecil molek itu. “Comel gila adik kau Ichad,” mereh muka Rid melafazkan kata-kata itu. Labels: 50% of heart |