|
50% OF HEART - bab 5
Monday, December 13, 2010 | 12:19 AM | 0 comment(s)
“Abang Fiq, lambat lagi ke? Azi kejap lagi dah nak pergi sekolah dah ni, tak payah sarap lah hari ni, nanti Azi rehat, Azi boleh sarap, cepatlah abang,” pinta gadis bermuka ayu yang sedang membetulkan rambutnya di hadapan cermin. “Dah, dah siap dah ni, kalau Azi tak sarap, nanti mama marah abang, ala, lagipun baru pukul 6.45,” jawab Aizryl Fiqri dari dapur kafenya. “Tu lah, siapa suruh tak nak ikut mama balik semalam? Kan abang dah cakap abang tak balik rumah, kerja banyak. Azi degil tak nak dengar cakap abang siapa suruh, cakap nak tolong abang bersihkan kafe tapi pukul 11 dah tidur, dah lah tu, belagak nak tidur kat atas kerusi pula, lagi sikit nak jatuh kat lantai semalam, nasib baik si Harris ni ada nak angkat Azi, kalau abang sorang, memang abang dah biar Azi tergolek kat lantai tu, tak larat abang nak angkat Azi,” bebel Fiq tanpa henti dah macam bontot ayam cirit sebab makan julap pula kelihatannya. “Ala, Azi bukan sengaja nak tidur awal, dah setan gasak bergayut kat mata ni, nak buat mcam mana. Alah, abang memang, semua tak larat, nampak nah tak sayang Azi, Abang Harris lagi sayang Azi, kan Abang Harris?” bidas Azi tidak mahu mengalah. “Abang sentiasa sayang Azi. Jangan marah eh Fiq,” jawab Harris dengan tangan yang dibentuk menjadi hati. “Marah? Hahaha... Dah ni, makan. Bon appetit mademoiselle,” ucap Fiq lantas mengambil tempat di hadapan gadis itu. “Merci, tapi apa benda ni?” soal Azi sambil mencucuk-cucuk makanan di hadapannya itu. “Oh, this is Pommes de Terre Anna,” jawab Fiq dengan slank Prancisnya. “Oh...” Azi mengangguk dengan penuh yakin. “Azi tahu ke maksudnya?” Giliran Fiq untuk bertanya pula. “Yup, ni kentang dengan mentega kan? Abang Harris selalu serve benda alah ni kat Azi kalau kat rumah, tapi bentuk dia lain sikit. Dia cakap sebab, je suis vegetarienne. Amacam, ok tak cara Azi sebut? Abang Harris banyak ajar Azi cakap Prancis, kan Abang Harris?” soal Azi kepada Arman Harris yang sedari tadi duduk di kauter kafe itu melihat perbualan mereka berdua. “Tak ada lah, abang ajar sikit-sikit je, Azi yang banyak struggle nak belajar bahasa ni kan,” jawab Harris sambil tersenyum. “Banyak eh? Ok, abang try. Qu’est-ce que vous prenez comme boisson, mademoiselle?” soal Fiq dengan gaya yang sopan dan berdedikasi gitu. “Oh, une tasse de lait seulment, s’il vous plait,” jawab Azi. “Formidable!” puji Fiq dengan muka yang bercahaya, bangga dengan adiknya itu. Nak tahu maksudnya eh? Ok lah, dalam bahasa pasar je lah, mula-mula tadi Fiq cakap selamat makan, lepas tu Azi cakap thanks, and then Fiq bagi tahu nama makanan yang dia sedikan untuk Azi tu, lepas tu Azi cakap dia vegetarian. Masa Fiq nak try kehebatan Azi tu, dia tanya, apa yang Azi nak order untuk minum dan Azi jawab dia nak secawan susu, last sekali Fiq puji Azi ni hebat, sekian terima kasih. “Ok, Azi dah siap makan, jom hantar Azi pergi sekolah dah pukul 7 dah ni,” pinta Azila Fazryna. “Ok, jom. Harris, aku hantar adik aku dulu eh, nanti aku balik kita sambung tampal wallpaper tu,” jerit Fiq dari luar kafenya. “You’re the boss!” jawab Harris dari dalam. “Abang, petang ni Azi tak ada kelas tau, abang ambil cepat sikit,” sambil membuka pintu kereta abangnya itu. “Tak ada kelas? So, pukul 2 lah kan?” “Yup. Abang jangan lupa pula macam minggu lepas. Penat tau Azi tunggu abang, kalau abang lambat lagi kali ni, Azi tak nak balik rumah hari ni.” “Kan abang dah cakap sorry. Ok, kali ni abang tak kan lupa lagi. Lagipun minggu lepas tu kan abang ada appointment.” Ketika Harris berseorangan di dalam kafe, “Bunga? Kenapa si Fiq ni beli wallpaper corak bunga? Oh ya, aku lupa Kafe Musim Bunga right?” Harris berkata sendiri. Suka sangat cakap sendiri. Sedang Harris membersihkan bahagian dapur, “Bah!” sergah Fiq sambil ketawa. “Bah sorry Arris tekentut tadi, eh bah mak Arris rindu eh,” latah Harris dengan gaya ayam katik nak cari cacing. “Hahahahaha!!! Kau kentut? Hahahaha!!!!” menghambur ketawa lelaki itu tidak boleh ditahan. Muka handsome gila, tapi melatah? Ada gaya pula tu, hebat betul mamat ni. “Kau ni Fiq, nasib tak ada orang tau, kalau tak, hilang macho aku,” marah Harris dengan muka yang merah menahan malu. “Aku takkan buat depan orang punya,” “Ha, yang kau pergi pakai cekak rambut ni buat apa? Ada bunga lagi, penuh pula tu, tapi kalau perempuan pakai mesti comel kan?” Harris membuat ulasan panjang lebar. Fiq cuma menguntumkan senyuman dan memberikan pelbagai jenis pose supaya nampak lebih comel, nasib baiklah betul comel kalau tak, dah lama dia ditendang free oleh Harris yang ada di depannya itu. “Comel kan? Ni, aku nak guna untuk pekerja kat sini, semua kena pakai cekak ni, apron untuk diorang kau dah tengok? Lelaki warna soft blue, perempuan warna soft pink. Wah mesti comel kafe ni nanti,” ucap Fiq dengan bangga sambil bercekak pinggang memandang sekeliling kafenya yang dihiasi dengan ceria dan bertemakan taman bunga supaya sesuai dengan nama yang diberikan, Cafe Printemps iaitu Kafe Musim Bunga. “Comel gila, aku sure mesti ramai customer datang, tapi kau dah dapat pekerja ke belum?” soal Harris secara tiba-tiba menyebabkan Fiq memandangnya. “Betul juga, nanti kau boleh tampalkan tak kertas yang kat atas meja tu, tampal kat depan kedai tau,” arah Fiq. Harris terus membuka tapak menuju ke arah meja yang disebutkan tadi. JAWATAN KOSONG Kerja sebagai pelayan diperlukan dengan segera Syarat kelayakan - Sanggup memakai pakaian yang comel - Berbudi bahasa dan sopan serta jujur - Pembersih dan boleh bekerja dengan pantas - Tidak melawan atau kurang ajar - Yang paling penting, mesti berkalakuan comel dan berpakaian comel “Woi, kau ingat notis ni untuk cari baby sitter ke apa ha? Comel? Kau tak ada benda lain nak dijadikan syarat ke?” soal Harris dengan muka yang masih lagi terkejut dengan syarat yang dikenakan. “Aku tak kisah, yang pentingnya semua kat kafe aku ni kene nampak comel, macam aku, hahahaha...” “Suka hati kaulah Fiq, nasib baiklah Azi tak gila macam kau ni,” ucap Harris sambil menggelengkan kepalanya. Pening melihat saudaranya yang satu ini. “Kau ni, tak habis-habis dengan adik aku tu, kau suka dia ke?” soal Fiq tiba-tiba menyebabkan Harris terjelopok ketika hendak menuju ke pintu kafenya. “Adoi, sakitnya. Azi? Mana ada.” Harris cuba untuk bangun dari posisinya. “Harris, aku tau lah, kau tak payah nak selindung ngan aku... Aku redha and akan terima kau walaupun kau ML.” “ML?” soal Harris sambil menggaru kepalanya. “Yup, mamat latah, hahaha...” sakat Fiq sambil mematahkan tangannya. “Woi, jangan lah, gatal bulu ketiak aku ni kau cakap macam tu,” rayu Harris dengan muka setengah sen. “Yalah Harris, aku tau lah aku tak ada hutan hujan tropika bawah lengan macam kau, tak yah lah nak bangga sangat,” sakat Fiq lagi sambil menunjuk ke arah ketiak basahnya. “Huh, panas betul kan? Kita yang kat dalam aircond ni pun boleh berpeluh macam nak gila,” sambung Fiq lagi sambil mengipas bawah lengannya. “Ris, kau je lah yang ambil Azi eh.” “Aku? Boleh, tapi... Kau bagi aku pinjam Ronn Scorpian kau. Amacam?” ucap Harris sambil membuat muka paling comel yang boleh. “Comelnya! Huh, tak boleh tergoda. Astaghafirullah, ok, tapi janji ambil adik aku tau,” balas Fiq dengan pantas mengurut dadanya. Pantang melihat perkara yang comel, mesti nak tergoda je kerjanya, tak da benda lain nak buat. Mamat zaman sekarang tergoda dengan perempuan yang seksi, tapi dia.... Comel??? Labels: 50% of heart |