
|
|
50% OF HEART - bab 4
Thursday, December 9, 2010 | 10:17 PM | 2 comment(s)
“Kau couple dengan abang aku?” soal Damira Safya dengan mulut yang masih terlopong. “Ya lah, takkan aku nak tipu kau pula,” jawab gadis itu dengan wajah yang penuh dengan keceriaan. “Shiz, tolong cakap dengan aku yang ko tengah bang bang boom aku,” ucap gadis itu dengan air mata yang berlinangan. “Fya,” “Kenapa? Betul ke aku cakap? Kau nak main-mainkan aku eh?” “Bukan,” Perkataan itu makin mengguris hati gadis itu. “Habis tu? Wahahaha...” Semakin kuat tangisannya. “Aku nak cakap, bawah hidung kau ada tahi hidung, dia saing sekali dengan hingus kau tu kot,” balas Shizra Arwani dengan muka yang bersungguh-sungguh. “Wahahaha!!!” Volumenya semakin ditinggikan kerana ingin menutup malunya. Cepat-cepat dia mengesatnya. Ada, orang tengah sedih dia boleh tegur pasal tahi hidung orang tu pula, apalah dia ni. “Kenapa kau sedih sangat? Kau tak suka dengan aku ke? Kau tak suka kalau aku dengan abang kau eh? Tapi kenapa? Aku ada buat salah ke dengan kau?” soal Shiz bertubi-tubi. “Eh, tak lah. Aku gembira sangat dengan kau. Kau jaga abang aku baik-baik ok,” ucap Fya dengan suara yang bergetar dan terus berlalu dari situ membawa hati yang luka. Lukanya macam dihiris dengan pisau cap kiwi. “Kenapa aku sedih sangat ni? Aku patutnya happy sebab Abang Syuf dah dapat girl yang baik,” Fya berkata sendiri di sepanjang perjalanannya pulang ke dorm. Kejadian yang berlaku seminggu sebelum kejadian tsunami itu berlaku, Damira Safya adalah seorang yang susah untuk memberi lesen kepada kilang air matanya untuk menghasilkan cecair tersebut. Huh nak panjang-panjang pula, dalam ayat pendeknya, dia bukan seorang yang cengeng. Ha, kan senang. “Abang,” panggil Fya dengan suara yang sangat lembut. Boleh cair wo... “Kan aku dah cakap, jangan panggil aku abang, aku tak suka lah. Panggil Syuf dah lah,” bentak Iqbal Sufri dengan muka yang menyinga. “Ok. Sorry, Fya cuma nak tanya. Syuf boleh hantar Fya balik asrama tak?” balas Fya dengan wajah yang bengang tahap tembok besar China punya. “What kind of question is that? Dah memang aku yang hantar and ambil kau balik asrama kan setiap minggu, macam aku ni tak de kerja lain,” marah Syuf dengan jelingan setajam parang datuknya di kampung yang baru lepas diasah. “Kalau Syuf sibuk tak apa lah, Fya boleh balik naik bas,” “Eh, kau ni jangan nak menyusahkan aku boleh tak? Kalau mama tanya aku nak jawab apa? Tak payah nak ngengada lah, aku cakap aku hantar, aku hantar lah,” bebel Syuf tanpa mempedulikan perasaan gadis itu. “Abang! Kenapa marah adik macam tu sekali? Adik tu tanya baik-baik kan?” soal Datin Karisa yang sedari tadi melihat gadis itu dimarah tanpa sebab. “Mama, mana ada abang marah adik. Adik yang tak nak dengar cakap abang,” jelas Fya bertujuan untuk membela abangnya. “Kan aku cakap, jangan panggil aku abang!” marah Syuf tanpa menghiraukan mamanya yang tercegat di situ. “Iqbal Syufri! Syuf ni kenapa? Ikut mama, mama nak cakap sikit dengan Syuf.” Dengan pantas tangan wanita itu mencengkam pergelangan tangan anak lelakinya itu dan diheret ke biliknya. “Abang, mama nak cakap sikit ni. Mama tengok makin hari abang makin teruk layan adik tu, kenapa abang? Adik ada sakitkan hati abang ke? Kalau abang sendiri selalu nak marah adik tu, siapa lagi yang nak jaga adik bila mama dengan ayah dah tak da nanti? Abang sorang je yang mama dengan ayah boleh harap, abang tahu tu kan? Kalau adik tu dah besar mama tak kisah. Ni budak tu baru umur 16 abang, abang boleh fikir tak apa yang adik rasa bila dia tengok abang orang lain?” bebel wanita itu memang susah untuk diberhentikan. Dah macam F1, letak tol dan lampu isyarat pun dia langgar je, mati toll gate girl yang kerja di situ. “Mama memang selalu menangkan adik kan. Mama memang lebihkan dia je. Mama suruh abang fikir pasal dia, pernah mama fikir pasal abang? Mama buat abang ni macam driver dia, bawa dia pergi mana je yang dia nak, mama ingat abang ni tak ada kerja lain ke?” balas Syuf dengan muka yang merah padam menahan marah. “Itulah abang, mama cakap sikit nak melenting. Mama mintak tolong je kan, mama cakap kalau abang tak nak hantar, suruh je Pak Samad yang hantarkan. Abang yang tak nak, cakap pula yang Pak Samad tu tak boleh nak percaya lah, itulah, inilah. Padahal tiga tahun Pak Samad tu menghantar adik tu pergi balik asrama. Mama tak pernah nak paksa abang hantar and ambil adik tau,” bidas mamanya, membuatkan dia terdiam seketika. “Dah lah mama, buat dosa abang je melawan cakap mama ni,” balas Syuf dengan suara yang slow menandakan dia telah tewas berdebat dengan mamanya. Siapa yang boleh lawan dengan Datin Karisa, Johan Kebangsaan dalam debat. Siapa berani melawannya, ibarat menempah pedang samurai dari wanita itu. Gila tajam.... Syuf terus membuka langkah untuk menapak meninggalkan wanita yang sedang tersenyum bangga ke arahnya itu. Tutup sahaja pintu bilik itu, seseorang memaut tangannya dengan erat sekali. “Abang risaukan adik? Abang yang nak hantar adik?” soal Fya secara tiba-tiba. Kelakuan gadis itu menyebabkan Syuf melompat sedikit ke belakang dan dia terus menepis tangan gadis itu dengan kasar. Berderau darahnya, nasib tak melatah. “Apa benda kau ni, tak tahu malu ke? Kau tu dah besar, nak peluk-peluk tangan aku pula, kau ingat tangan aku ni monkey bar ke apa? Mana ada, mana ada aku risau pasal kau, mana ada aku nak hantar kau, yang kau sibuk-sibuk dengar tu buat apa? Puas tengok aku kena marah dengan mama eh?” bentak Syuf dengan muka yang berpeluh-peluh. “Adik gurau je, kenapa abang berpeluh sangat ni?” balas Fya sambil mengesat peluh yang ada di dahi Syuf dengan lengan baju tidurnya. “Eee... Kau ni kenapa ha? Jauh la dari aku, kan aku cakap jangan panggil aku abang. Kau faham bahasa melayu tak?” jelas Syuf dengan dahi yang sudah banjir dengan peluhnya. Perasan dengan perubahan dirinya, dia terus membawa diri masuk ke biliknya. “Kenapa dengan abang tu? Aku pernah buat salah kat dia ke? Aku tak pernah nampak pun dia senyum kat aku sejak tahun lepas. Aku rindu la kat Abang Syuf yang dulu,” Fya berdialog sendiri. Sedih mengenangkan perubahan mendadak yang berlaku ke atas diri abangnya sejak majlis hari jadinya tahun lepas. Damira Safya cuba mengingati kembali peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. “Adik, dah siap ke belum? Semua orang dah tunggu kat bawah tu,” sambil tangannya mengetuk pintu bilik adik kesayangannya itu. “Abang masuklah, tolong adik setting rambut ni,” “Rambut apa lagi? Dah lah...” tiba-tiba kata-kata Syuf terhenti, membuatkan gadis itu mendekatinya. “Abang ni dah kenapa? Cepatlah tolong sepitkan ni kat bahagian belakang,” sambil tangannya menghulurkan sepit berwarna pink. Sepit yang dibelikan oleh Syuf minggu lepas. Pantas tangan Syuf memenyepit rambut adiknya itu. Setelah selesai, dia terus membuka langkah untuk meninggalkan gadis itu. “Abang, saing lah dengan adik,” lantas memaut tangan Syuf dengan gaya yang manja. Mereka berdua meneruskan langkah menuruni tangga dan disepanjang itu, semua mata memandang ke arah mereka. Dan bermula dari hari itulah Iqbal Syufry mula membenci dan menjauhkan diri dari gadis itu. Labels: 50% of heart |