
|
|
50% OF HEART - bab 3
Monday, December 6, 2010 | 2:44 AM | 1 comment(s)
“Ma, today is the day. Tapi orang kecut perut la, orang rase perut orang dah macam asam keping dah ni,” adu Syira dengan muncung sedepa sambil memintal rambut ikalnya. “Mama tau lah syampoo Syira dah habis, nanti mama belikanlah yang baru. Tak payahlah nak buat iklan rambut pula kat sini, masuk rambut Syira dalam breakfast abang ni nanti, hanger pun mama baru beli semalam dengan Mak Tom, tak payah lah nak buat ampaian lagi dengan mulut Syira tu, dah berbuih mulut Mama cakapkan, Syira buat betul-betul, lepas tu tinggal tawakal je. Dah jangan takut, sini peluk mama,” jawab mamanya dengan menghadiahkan senyuman manis, semanis gula merah kepadanya. Pelukan mamanya adalah penawar bagi segala penyakit yang ada di muka bumi ini. Kehangatannya dapat menenangkan hati yang gusar, ketulusannya dapat mententeramkan jiwa yang berkocak. “Ok, orang dah ok dah,” kata Syira sambil melepaskan pelukan wanita yang paling disayanginya itu. “Dah, pergi panggil abang makan nanti lambat pula anak-anak mama pergi sekolah,” arah Datin Maria kepada puterinya itu. “Ok. Abang! Mama ajak sarapan, Pak Yus dah tunggu dah tu,” jerit Syira tanpa mempedulikan mamanya yang sudah hampir torek mendengar suara nyaringnya itu. “Coming,” sahut abangnya dengan nada yang ceria. “Mama, we’re late, Ichad jamah je ok? Sayang mama.” Dengan pantas dia mencapai sekeping roti dan mengucup pipi wanita tersebut. “Well, you look gorgeous today your hinghness,” ucap Ichad sambil membengkokkan sedikit kakinya tanda hormat dan sebelum berlalu pergi, dia sempat mencium tangan mamanya untuk dapat berkat lah katakan. Dia terus berlari ke arah kereta dengan gaya persis pelari dunia, Bolt. “Ok, shall we?” soal Ichad kepada adiknya. “Kulit kerang kita, kulit kerang kita. Nak sangat pergilah cari kat pantai tu, tau tak dah pukul berapa ni? Nak pengsan Pak Yus ni tunggu abang tau tak,” bebel Syira. Setelah keluar dari perkarangan rumah, tiba-tiba, “Prrreeettt” “Syira ke?” Soal Ichad dengan bersungguh-sungguh. “Hish, mana ada, bukan Syira lah, Pak Yus ni yang kentut,” nafi Syira dengan muka yang polos mengharapkan belas kasihan. Tak ada siapa pun yang cakap pasal kentut. Kan dah kantoi... “Pak Yus pula yang kena, mana ada orang lain lagi yang suka kentut dalam kereta ni selain Syira,” celah Pak Yus dengan alasan ingin membela diri. “Ala, bukan Syira lah,” balasnya lagi. “Ye je ni?” soal Raihan Irsyad mengharapkan kepastian. “Abang ni, adik sendiri pun tak nak percaya, dah lah malas nak cakap ngan abang ni,” marah Syira sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu. “Lah, marah ke? Abang gurau je. Pak Yus ni biasa tau, suka kentut sepah-sepah, kalau alam ni tercemar macam mana? Dah, abang dah marah Pak Yus dah, jangan marah lagi ok?” pujuk Ichad. “Ok, Syira dah tak marah. Betul tu Pak Yus ni, lain kali jangan buang bom atom tu sepah-sepah eh. Pak Yus, tolong singgah Petronas kejap, kejap je,” pinta Syira. “Ya Syira, Pak Yus tak kentut lagi,” Pak Yus mengiyakan sahaja tuduhan tak berasas gadis itu. Lelaki separuh umur dihadapan mereka itu cuma mampu tersenyum melihat gelagat dua beradik itu. Merekalah yang sering menceriakan harinya yang suram kerana dia tidak mempunya anak untuk dilimpahkan kasih sayangnya. “Syira nak buat apa?” soal Ichad. “Alah, mana boleh bagi tau, sampai nanti Syira cakap dengan abang ok?” “Ok.” Sesampai di Petronas tersebut, Syira dengan segera membuka pintu dan belum sempat dia menapak ke luar, tangannya di tarik oleh abangnya. “Cakaplah kenapa nak singgah sini.” “Sebab Syira nak berak, cepat lepas, dah hujung dah ni,” jawab Syira selamba dan dengan pantas menarik balik tangan kecilnya yang digenggam abangnya sebentar tadi. “Kurang asam punya budak, betullah dia yang kentut tadi?” marah Ichad dengan gaya muka ala-ala cipan sembelit. Setengah jam berlalu barulah nampak batang hidung Syira dengan muka lega diblender sekali dengan muka puasnya terkedek-kedek keluar dari jamban Petronas tersebut dan seterusnya menuju ke arah kereta mereka. “Hah leganya, ok Pak Yus dah siap, apa lagi go baby go,” kata Syira dengan girang tanpa menunjukkan rasa bersalah terhadap lelaki yang ada di sebelahnya. “Oh, go baby go eh, sini kau budak, dah lah kentut, penat abang tunggu kat sini sampai kematu bontot abang ni, senang-senang nak go baby go eh,” pintas Ichad sambil menggeletek gadis itu. “Ah!!! Abang, gelilah Syira, kalau abang tak lepas, Syira...” “Syira nak buat apa pula?” soal Ichad tanpa mempedulikan ugutan Syira dan terus menggeleteknya. “Kalau abang tak lepas, nanti Syira...” “Puuuttt...” “Ha, kan Syira dah buat,”sambung Syira dengan muka yang bangga. “Ya Allah, Pak Yus tutup air cond tu, buka tingkap je cepat, Ichad dah tak tahan dah ni, bau macam belacan expired. Oh no, it’s raining. Syira, abang dah nak mati dah ni, kalau abang tak sempat sampai sekolah dengan selamat, cakap dengan Kak Azi, abang sayang sangat dengan dia,” pinta Ichad sambil membuat mimik muka orang utan tengah nazak kerana hampir pengsan dengan bau gas yang telah dilepaskan oleh adik comelnya itu. Muka comel, tapi kentut, Nauzubillah. “Ok, abang jangan risau, nanti Syira sampai sekolah abang, Syira cakapkan eh, hahaha,”jawab Syira diselang dengan ketawa yang mengekek kerana geli hati melihat lakonan abangnya itu. Sampai sahaja di sekolah Syira, dia terus menarik tangan abangnya untuk bersalaman kerana dia betul-betul telah lambat. “Bye abang, jumpa kat sana ok, love you,” ucap Syira sambil mencium pipi abang yang disayanginya itu. “Ok, jumpa kat sana,” jawab Ichad sambil membalas ciuman adiknya itu. Dengan pantas Syira memecut kerana dia perlu menghadiri latihan akhirnya sebelum bertolak ke sekolah abangnya untuk pertandingan koir yang akan disertai oleh beberapa buah sekolah di daerah itu. “Cikgu, I’m so sorry, saya lambat sebab sembelit tadi, sakit sangat perut ni,” ulas Syira dengan bersungguh-sungguh sambil menggosok-gosok perutnya. “Sembelit? Ok tak apa, masuk dalam barisan cepat, kejap lagi dah nak pergi,” jawab Madam Xing dengan wajah yang penuh dengan kasih sayang persis seperti seorang ibu. “Ok boss.” ucap Syira dengan tangan yang diletakkan di dahi licinnya seperti membuat tanda hormat kepada wanita 40-an dihadapannya itu. “Ok girls, let bring down the house!” jerit Syira dengan penuh semangat. “Ok, ketua awak semua dah sampai dan dia penuh dengan semangat, jadi awak semua dah bersemangat ke belum?” soal Madam Xing kepada 30 orang gadis dihadapannya. “Semangat gila cikgu!” jawab semua pelajarnya dengan muka penuh keyakinan. Mereka membuat yang terbaik untuk latihan itu kerana itu adalah latihan akhir mereka sebelum naik ke pentas. “Cikgu, bas dah sampai,” ucap Zaila, pengurus kelab koir tersebut. “Ok korang, kumpul kejap,” pinta Syira. “Korang support eh,” sambungnya lagi. “Ok.” “Who’s the winner?” “Beauty is the winner!” “Wooo!!!” Mereka bersorak penuh semangat. “Kalau menang, aku belanja korang makan kat Cafe Printemps tu ok?” “Ok!” Labels: 50% of heart |