
|
|
50% OF HEART - bab 2
Friday, December 3, 2010 | 4:07 AM | 1 comment(s)
“Sampai hati Qila buat abang macam ni, Qila ingat dia ni apa ha?” luah Ryan sambil mengesat air matanya yang berlinangan sesekali menghembus hingusnya yang berladung di dalam lubang hidungnya itu. Manakan tidaknya, saiz jumbo lah katakan. “Abang, itu baru kali pertama Qila sentuh, kalau Qila tahu nak jadi macam ni, Qila takkan datang dekat pun dengan dia,” balas Edryana Aqila dengan sedih. “Dah lah sesi hari ni teruk, model sume muka macam Spongebob masuk air, bila balik, Qila pula yang buat abang sedih. Dia ni bermakna, Qila tahu tak?” Sambungnya lagi sambil mencapai tisu di tangan adiknya itu. “Sanggup abang marah Qila sebab dia? Sekarang abang pilih antara Qila ke dia?” Pantas Qila berdiri mendekati abangnya itu dengan muka yang sedih. “Abang tengah sedih ni Qila nak suruh abang buat pilihan pula, mestilah abang pilih dia walaupun abang sayang Qila tapi dialah segala-galanya bagi abang,” jawab lelaki bertubuh tegap itu. “Sampai hati abang, Qila ni adik abang, abang lebih pilih dia? Abang memangkan,” bidas Qila dengan nada yang bergetar. Kedengarannya seperti berada di atas mesin urut Gintel milik bapanya. “Qila yang salah, nak marah abang pula, nasib baik Qila, bukan Aman yang buat dia macam ni.” tegas Ryan tanpa memandang muka Qila yang sudah seperti cekodok masuk angin itu. Apa lah masalah mamat ni, tiba-tiba nama adiknya yang kedua diselitkan, dah lah budak tu dekat U, tersedak ke, sawan babi ke budak tu nanti siapa pula yang nak tanggung, heish... “Sorry abang, Qila tak bermaksud pun nak buang boxer Barbie abang tu, nanti Qila minta ibu belikan yang baru ok, lagi pun boxer tu dah berlubang,” pujuk gadis 17 tahun itu dengan mimik muka yang tidak boleh disangkal kecomelannya. Comel giler tahap pooh bear yang ada di biliknya. “Abang tak nak, baunya tak sama,” sambung Ryan lagi. ‘Dia’ yang dimaksudkan adalah boxer kesayangan Aqasha Edryan yang telah terbakar di bahagian kelengkang akibat kecuaian adiknya yang berniat ingin membasuh khazanah tersebut, kerana sejak abangnya membeli harta kesayangannya itu, tidak pernah dia melihat abangnya mengenakan walau setitik air pada boxer tersebut inikan membasuhnya. Kalau basuh pun tidak pernah, apatah lagi ingin dibincangkan tentang aroma sensasinya, mahukan mati semua walrus yang ada kat laut tu. Selang beberapa minit mereka terdiam,Ryan terus mencapai handphonenya sambil mata dijeling tajam ke arah gadis di hadapannya. “Hello, ha Qash, kau jadi datang tak esok? Oh, tak pe, tapi jangan lupa party minggu depan taw. Oh, don’t worry bro aku uruskan semuanya. Ok, arios.” “Qash? Qashri Izkandar ke? Abang, Qila nak kenal juga,” soal Qila dengan harapan yang menggunung setinggi Gunung Everest. “Apa? Nak kenal? Kiss abang dulu” “Ala, nanti abang buat macam kelmarin.” “Ala, kiss je, takkan lah abang nak buat macam tu lagi dekat Panda comel abang ni.” Dengan pantas gadis itu mengucup pipi abangnya. “Ok dah, Qila dah boleh kenal la ni kan? Dia ada gf tak abang?” macam peluru lajunya. “Bila abang cakap abang nak kenalkan dengan Qila, abang cuma tanya je Qila nak kenal ke, lepas tu abang cuma suruh Qila kiss abang je, abang tak cakap pun nak kenalkan dengan Qila. Ok Miss Panda, bye,” jawab Ryan sambil berlalu pergi dengan gaya jalan Tyra Banks dengan melambai penuh emosi kepada adiknya yang masih terkebil-kebil penuh kecewa. “Abang ni jahat la, kenalkan lah Qash dengan Qila, abang...” pujuk Aqila dan dengan pantas memeluk tangan lelaki itu mengharapkan belas kasihan. “Panda, awak ingat abang nak kesian ke? Qila buat muka Patrick nak cirit dulu baru abang kenalkan,” sambung Ryan lagi. Dengan bersungguh-sungguh Qila membentuk mukanya supaya serupa dengan muka watak kartun kegemaran abangnya itu. Tapi dalam bentuk nak tercirit? Boleh ke? Macam mana? Dalam pada menunggu adiknya membuat kerja bodoh itu, Ryan mengambil keputusan untuk berlalu pergi. Lebih baik dia edit semua gambar-gambar yang ditangkapnya tadi daripada melihat kelurusan adiknya yang tidak terkawal itu. Bukan baru pertama kali Ryan membuli adiknya seperti itu, pernah juga sebelum ini dia melakukan perkara yang sama. Dua hari yang lepas, ibu mereka ada memberikan tugasan buat mereka iaitu Qila menolong ibunya menyediakan lunch manakala Ryan mencabut rumput. “Panda!” Panggil Ryan. “Panda, Panda, jangan la panggil Qila macam tu lagi, hari-hari Qila joging, tapi tak turun-turun pun berat ni,” marah Edryana Aqila “Abang tak cakap apa-apa pun. Tapi abang ada cara,” pujuk Ryan. “Cara nak kurus ke? Macam mana?” “Haha, kiss abang dulu,” Tanpa membalas kata-kata abangnya, dia terus mencium pipi abang kesayangannya itu. “Ok senang je, Qila pergi ambil glove yang ada dekat belakang rumah, lepas tu Qila pergi depan rumah, Qila cabut semua rumput-rumput yang dah panjang kat halaman tu,” arah Ryan dengan muka yang serius ala-ala Nasir Bilal Khan. “Boleh kurus ke macam tu?” Soal Qila bersungguh-sungguh. “Cuba Qila tengok perut abang yang fit ni, tangan abang yang berotot macam Sazali Samad ni, Qila ingat abang buat ni semua macam mana?” “Ok, sekarang juga Qila buat.” “Ok bye, buat sungguh-sungguh tau,” arahnya sambil melambai tangan melihat adiknya berlalu dengan muka yang penuh semangat persis seperti peserta reality show The Biggest Loser Asian. “Bila aku cakap boleh kurus? Tak pe lah, prepare lunch je, bukan cabut rumput. Ibu! Qila nak cabut rumput, biar Ryan tolong ibu buat lunch ok, ”ucap Ryan dengan bangga. Disebabkan terlampau berpuas hati dapat membuli gadis itu, Ryan tidak sadar akan perubahan yang berlaku ke atas dirinya sehinggakan, “Ryan, buli Qila lagi ke?” soal ibunya. “Mana ada, kenapa ibu cakap macam tu?” Jawabnya. “Tu, hidung tu kenapa beser semacam?” Dengan pantas Ryan memegang hidungnya. “Alamak, kenapa besar sangat ni?” Ryan bermonolog di dalam hati. “Ala, Ryan cuma tukar kerja ngan Qila je.” “Ibu! Ibu jangan risau, Qila buat semua ni sebab Qila yang sendiri nak, abang kata boleh kurus,” pintas Qila yang tiba-tiba muncul di belakang mereka. Macam ada teleportal pula gadis itu. “Kurus? Ryan, kenapa suka buli Qila? Dah sekarang Ryan pergi ambil glove ni, Ryan pergi cabut semua rumput-rumput kat luar tu, bersihkan sekali kolam ikan tu, bunga pun siram,” arah ibunya. “Kenapa ibu marah abang?” “Ala, Ryan saje je gurau,” jawab Ryan terus berlalu pergi dengan hati yang hancur. Penat-penat dia kelentong adiknya itu, ibunya pula yang rosakkan plan yang kononnya hebat itu. Dah lah tu, bertubu-tubi pula tu dibalasnya. Itulah nasib Aqasha Edryan setiap kali dia berniat ingin membuli adiknya, sudah diyakini 100% bahawa dia pasti terkena balik. Kesian... Labels: 50% of heart |