
|
|
50% OF HEART - bab 1
Sunday, November 28, 2010 | 11:46 PM | 2 comment(s)
“Abang, tolong Iman!” Jeritan Rey menyebabkan lelaki bertubuh sasa itu sedikit kebelakang. “Hish, banjir muka aku kau tahu.” Dengus Iqram sambil mengesat mukanya. “Ala Mr. Gonz, janganlah garang-garang dengan Rey.” Kata Rey dengan lembut sambil mengusap dada yang menjadi impian setiap gadis yang memandang. “Sini kau, kan aku cakap jangan panggil aku Mr. Gonz,” bidas lelaki berketurunan Mexico itu. Dengan pantas tangannya mencapai kepala gadis itu dan dikepit di bawah ketiaknya. Geram rasanya dengan gadis bawah umur itu. Tidak pernah bosan menyakatnya walaupun sudah diberikan amaran berkali-kali sehingga dirasakan bibirnya menjadi semakin tebal kerana sering membebel. Tiba-tiba dia terkenang peristiwa tiga minggu lepas di mana Rey telah menendangnya sehingga jatuh ke dalam kolam. Jika hanya itu yang dilakukan, tidaklah menjadi masalah baginya kerana bukan itu kemuncak rasa malunya meletus, tetapi disebabkan tendangan ala Mr. Musle gadis itu dan aksi terjunan persis atlet negara itu, perkara yang tidak dijangka telah terjadi. Hampir semua tetamu tertanya mengapa dia tidak keluar dari kolam sehinggalah adik saudaranya itu berlari keliling kolam dengan membawa seluar mandinya dan tidak ketinggalan seluar katuknya juga. Pada waktu itu dia merasakan awan mendung beserta ribut petir telah berarak ke arahnya. Kejadian ngeri itu telah menyebabkan marketnya turun dihadapan ramai gadis-gadis cantik yang ada di tepi kolam renang rumahnya pada petang yang baginya penuh dengan tragis itu. “Woi, pak cik lepaslah! Hangit kau tahu tak, eee... bulu ketiak kau tu semua masuk dalam telinga aku lah.” “Lepas? Jangan harap, biar semua bulu yang ada kat aku masuk dalam telinga kau tu. Ha, padan muka kau sebab hari ni aku tak pakai deodoran. Hahaha...” balas Iqram sambil menyekel kepala gadis yang ada di bawah ketiaknya itu. Dalam keadaan Rey menahan keperitan, tiba-tiba tangan lelaki itu berhenti dari menyakitkan kepalanya. Dia menarik nafas lega kerana penderitaanya telah tamat, tetapi dia merasa pelik kerana Iqram masih tidak melepaskan kepalanya. Sedang dia berfikir sebab yang munasabah, dia merasakan ada air yang menitis di bawah hidungnya. “Air apa ni?” soal Rey sambil mengumpul keberanian untuk mengenal pasti bau air tersebut. Busuk! Tanpa berlengah dia memandang ke atas dan setitik lagi air tepat masuk ke lubang guanya. Hampir tersedak dia di situ. Dengan pantas dia melepaskan diri dari tangan sasa lelaki itu. Sekali lagi Rey merasa pelik kerana Iqram tidak bergerak walau seinci. Disebabkan rasa geramnya, Rey dengan pantas telah memberikan sepakan penalti ke arah punggung yang sedari tadi menonggeng menghadapnya. Walaupun telah tersungkur, Iqram masih tidak bergerak dan matanya hanya tertumpu pada seorang gadis lingkungan 20-an yang berjalan di hadapannya sambil mengesat peluh yang membasahi dahi licinnya itu. Itulah hobi yang paling diminati oleh lelaki yang bernama Iqram Gonzallez bin Norman Gonzallez. Disebabkan dia mempunyai paras rupa yang kacak dan badan yang sasa, ramai gadis telah menjadi tawanannya. Baginya hidup tanpa gadis cantik adalah sesuatu yang menyeksakan, tetapi dia mempunyai satu masalah iaitu kilang air liurnya sukar dikawal jika bertemu dengan bidadari-bidadari cantik seperti gadis tadi. “Woi, kalau ya pun nak sedekah aku air, bagilah air yang wangi sikit. Kau tak gosok gigi ke pagi tadi? Bau cencaluk pun ada. eee...” marah Rey sambil menumbuk lengan Iqram yang baru sahaja bangun dari posisinya tadi. “Hehe... Awek tadi cantik gila aku cakap kau, ala kalau kau nak mati kat padang pasir, air yang kau kata busuk itu boleh selamatkan kau tahu tak?” bidas Iqram ingin menutup malunya. “Blablabla... Dah lima tahun aku dengar alasan yang sama, naik hafal aku dengan dailog masam kau itu. Walaupun aku anaroksia dekat padang pasir itu, aku tetap tak akan minum air yang busuk macam itu,” balas Rey yang sudah jelak mendengar kata-kata yang sama keluar dari mulut lelaki itu. Sementara menunggu abangnya datang, Rey telah mengambil keputusan untuk bermain hujan kerana dia memang pantang melihat hujan lebih-lebih lagi pada waktu malam. Hari itu, Iz terpaksa menghantar Rey ke gym kerana hari hujan, tetapi selalunya Rey akan pergi bersama Batista iaitu motor Ducati 620 hadiah pemberian abangnya. “Iman sayang, kenapa main hujan? Kalau demam macam mana?” tegur Iz sambil menarik Rey ke arahnya dan terus masuk ke dalam Venturi Fetish miliknya. “Ala... Dah lama Iman tak main hujan. Abang jangan risau, Iman abang kan kuat, Iman tak akan sakit punya, Iman kan Mr. Muscle,” pujuk Rey sambil bersandar di bahu abang kesayangannya. Sesampai di rumah, Iz dengan segera mencapai tuala dan terus mengesat air hujan yang semakin mengering di muka dan rambut adiknya itu. Walaupun Rey telah mencapai umur 17, dia tetap dilayaun seperti budak empat tahun. Sedang mengeringkan rambut adiknya tiba-tiba Iz merasakan ada benda di lubang hidungnya, rupa-rupanya Rey telah menjolok kedua jarinya ke dalam lubang hidung abangnya, apa function dia melakukannya pun masih tidak dapat dikenal pasti. “Iman buat apa ni?” membulat matanya yang sudah sedia bulat itu. “Entahlah, Iman pun tak tahu,” jawabnya sambil menarik balik tangannya dan tersenyum kambing tahap biri-biri punya. “Sayang jangan macam ni tahu, mama dengan papa dah lama tak ada, kalau Iman sakit siapa nak teman abang nanti? Lagipun esokkan sekolah,” kata Iz sambil memeluk erat adik kesayangannya. “Ala, kalau sakit apa lagi, ponteng lah. Hehe... Abang, Iman rindu mama dengan papa lah. Malam ni pun abang dah kene masuk kerja kan? Nanti Iman mesti tak ada kawan, abang jangan lupa beli something untuk Iman tau.” “Abang pun rindu diorang juga. Jangan risau ok, untuk Iman semua abang belikan.” Tiba-tiba kedengaran bunyi deringan handphone Iz yang terletak di atas meja ruang tamu rumah mereka. Iz terus melepaskan pelukannya dan mencium dahi adiknya. dan terus berlalu pergi untuk menjawab panggilan telefon tersebut. “Hello Ryan, kenapa? Oh, sorry la bro esok aku kerja la, hari tu aku lupa schedule aku. Party? Of course aku ingat. Sorry once again. Ok bye.” “Siapa abang? Awek baru eh?” Soal Rey tiba-tiba. “Awek? I said bro, honey. Lagipun takkan semua orang yang call abang perempuan.” “Oh ya? Something wrong with my ears maybe,” jawab Rey sambil tersengih kepada lelaki segak di hadapannya itu. Mungkin disebabkan abangnya yang terlampau handsome telah menyebabkan ramai gadis yang meleleh air liur apabila melihatnya. Sama seperti Mr. Gonz tu ha, boleh tsunami gym dia kalau banyak perempuan yang datang. “Abang! Cepat jalan! Pon pon.” Dengan pantas Rey naik ke belakang abangnya dan terus menyuruh lelaki itu mendukungnya. “Ah!” Iz menjerit sekuat hatinya “Kenapa abang jerit?” Soal Rey. “Yang Iman pergi tarik lubang hidung abang ni kenapa?” “Oh ya ke? Hahaha... Manalah Iman tahu. Iman main capai je apa yang sempat. Sorry,” jelas Rey sambil menepuk belakang abangnya. Petang itu mereka menghabiskan masa bersama dengan bermain kereta api ciptaan Rey yang kelihatan seperti ingin mendera abangnya sendiri sebelum penerbangan Iz pada malam itu. Labels: 50% of heart |